Friday 8 July 2016

My Darling Angel


Tajuk : My Darling Angel
Penulis : Ayra Awatif
Harga : BND12.00

Sinopsis

Pertemuan pertama kali di antara mereka langsung tidak di rancang. Kehilangan Haziq sewaktu bermain di taman tasik telah menjadikan titik permulaan pertemuan di antara Elzaara dan juga Brian. Salam perkenalan yang dihulurkan oleh Brian buat Elzaara tidak pernah bersambut. Hanya dia yang terhegeh-hegeh. 
 
Brian William – “I love her since we first met. Sejak itu I tak boleh nak lupakan dia. Walaupun pertemuan yang berlaku terlalu singkat, tapi kesannya I masih lagi rasa sampailah sekarang..”
 
Cinta tak mengenal sesiapa. Biarlah orang kata dia kolot tetapi dia yakin dengan apa yang dia rasakan. Pelbagai cara dia gunakan untuk memikat hati keras Elzaara, tapi malangnya hati Elzaara tidak mudah untuk menerima segala umpan daripada lelaki itu. Hatinya sudah bertekad untuk tidak akan mempercayai lelaki kerana dendam kesumatnya. 
 
Elzaara Natasya – “Aku tak percaya langsung! Bagi aku kehadiran lelaki dalam hidup wanita ni hanya menyusahkan hidup. Bukti dah ada pun depan mata. Kalau orang lain nak kahwin, silakan. Aku takkan halang, tapi jangan paksa aku untuk memperjudikan masa depan aku dalam hubungan perkahwinan ni. Aku takkan terima. Full stop!”
 
Sikap prejudis dan dendam Elzaara terhadap lelaki takkan pernah padam. Baginya lelaki ini hanya menyusahkan hidupnya sahaja. Fokusnya kini hanya terhadap Haziq seorang. Tapi, takdir Allah telah merubah segalanya. Kemelut yang melanda kehidupan mereka merubah segala-galanya. 
 
Dapatkah Brian memadamkan dendam kesumat yang terpahat kukuh di hati Elzaara? Berjayakah hati Elzaara yang sekeras batu kerikil dilembutkan oleh lautan cinta suci Brian? Dan benarkah Elzaara sebenarnya isteri orang?

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

My Sweet Arissa

Tajuk : My Sweet Arissa
Penulis : Sania Yasmin
Harga : BND13.00

Sinopsis

KERANA terlalu tamak Arissa terjebak dengan along. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan skim pelaburan internet yang boleh mendapat pulang berkali-kali ganda. Kerana tidak mampu hendak membayar, Arissa berusaha melarikan dirinya.
 
Dia bertemu dengan Hakimi, Pengarah Urusan Sweet Arena Hotel yang juga bekas majikannya dahulu. Merayu meminta Hakimi menolongnya. Dengan rasa berat Hakimi membawa Arissa dan menyembunyikan gadis itu di rumahnya untuk sementara waktu.
 
“Awak pinjam dari along lepas tu kena tipu lagi?” – Hakimi.
 
Rasa serba salah hendak menolong gadis itu, namun rasa bersalah jika tidak ditolong. Masalahnya datang membuat dia terfikirkan Arissa, tetapi ikhlaskah begitu pertolongan yang diberi. 
 
“Kerja ni tak ada skop.” – Hakimi.
“Apa maksud encik? Kerja apa ni? Jawatan apa?” - Arissa
“Isteri saya.” – Hakimi.
 
Bagaikan keluar mulut naga, masuk mulut buaya. Tetapi, itu lebih elok daripada menjadi mangsa along. Akhirnya Arissa bersetuju, untuk tiga bulan menjadi isteri kepada Hakimi Razali.
 
Permulaan perancangan mereka berjalan dengan baik. Namun tidak disangka ada kisah-kisah lain yang berlaku disebaliknya yang membuat ayah Hakimi, Encik Razali kembali ke Malaysia.
 
“Awak tak sihat ke?” – Hakimi.
“Mana nak sihat... Walid Encik nak balik. Itu maknanya, Umi Encik takkan balik ke Doha lagi. Dari dua tiga bulan janji kita, ini dah macam nak jadi dua tiga puluh tahun kahwin dengan Encik.” - Arissa.
 
Apa yang menyebabkan Encik Razali pulang ke Malaysia? Kekalkah rancangan Hakimi dan Arissa menjadi suami isteri untuk dua, tiga bulan sahaja?

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

Saat Aku Berpaling


Tajuk : Saat Aku Berpaling
Penulis : Adry Thani
Harga : BND13.00

Sinopsis

“Kenapa awak lari?” 
“Saya ingatkan awak pencuri.” 
"Muka hensem macam ni pun awak boleh ingat pencuri ke?” Faliq masih terasa sedikit pening. Kepalanya benar-benar rasa sakit.
“Hello, look at yourself… Dah la awak pakai serba hitam, lepas tu pakai penutup hidung dan mulut lagi. Tentulah saya lari.”
“Owh, pasal benda ni ke? Sorry, saya selesema.” 
“Sorry sangat. Sakit tak?” 
“Sakit jugaklah. Kuat jugak awak hayun penyapu tu. Berbintang juga rasanya.” 
“Sakit sangat ke? Sorry, tapi tadi saya tak pukul awak dengan penyapu pun. Masa awal-awal tadi saya baling awak dengan benda ni." Gadis itu mengangkat objek yang singgah di atas kepala Faliq sebentar tadi.
 
Hah, kannn.. tak pasal je kena ketuk.
Tapi, bendalah apa yang awek tu ketuk kepala Faliq eh?
Sian pakwe hensem disangka pencuri...

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

Cinta Sejati Seorang Playboy


Tajuk : Cinta Sejati Seorang Playboy
Penulis : Syina
Harga : BND10.00

Sinopsis

“Cubalah keluar berdua dengan dia...”
 
“If she doesn’t mind. Along boleh aje.”
 
“Babe, apa ni?”
 
Pertemuan tidak disengajakan di rumah keluarga Zulfan Adwan membuatkan Nada Qaireen terjebak dengan jejaka playboy tersebut. Adwan menyambut cabaran Amanda, adik bongsunya itu tanpa ragu. Namun, penolakan Qaireen mencabar ego lelakinya dan menjejaskan reputasi playboynya. Tidak pernah lagi ada gadis yang berani menolak permintaannya mentah-mentah. Qaireen itulah yang pertama.
 
Pelbagai cara dilakukan Adwan asalkan Qaireen bersetuju untuk keluar dengannya. Bagi Adwan, selagi Qaireen menolak, selagi itulah dia tidak berputus-asa.
 
“Merah dan renda. Seksi!”
“Oh, shut up!”
 
Qaireen mati akal. Selagi dia tidak bersetuju, selagi itulah jejaka playboy tersebut terus-menerus mengungkit kisah si merah yang berenda seksi itu. Ah, malu!
 
Tapi, satu masalahnya. Qaireen itu gadis yang cukup kain. Dari atas ke bawah, semua bertutup rapi. Tak ada peluang langsung nak jeling-jeling buat mencuci mata. Sedangkan dia, kalau boleh semakin kurang kain yang menutup di tubuh gadis-gadis yang dikenalinya, semakin jadi idamannya.
 
Dalam ramai-ramai gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan, siapakah yang mampu merebut cinta sejati seorang playboy ini? Atau selera si playboy telah bertukar dari gadis tak cukup kain kepada gadis yang terjaga rapi penampilannya? Mampukah playboy sejati bertukar menjadi imam dalam mengemudi diri dan keluarganya nanti? Andai Qaireen menerima tawaran Adwan, mampukah dia berhadapan dengan semua gadis-gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan?

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

My Pretty Boy

Tajuk : My Pretty Boy
Penulis : SU Jaslin SE
Harga : BND15.00

Sinopsis

Qamra Ain, si anak yatim yang ceria, positif dan optimis terpaksa mengorak jalan kehidupan seorang diri. Dia, hanyalah gadis biasa yang terjerat tanpa sengaja dalam perangkap cinta dua darjat yang luar biasa. CINTA HEKSAGON! Sejak sekeping hatinya terselar parah, dia serik untuk bercinta sekali lagi. Erti kata lain, dia tak perlukan cinta atau kasih mesra dari sesiapa!
 
“Qamra…maafkan I. I nak tebus semua kesalahan I pada you…” – Dr. Tunku Hardie.
 
“Papa quit bukan sebab kamu. Sebab papa nak lama hidup, agar dapat cari `guardian’ yang selamatkan nyawa papa.” – Tun Tunku Harith
 
“Yang tu jual unta, saya jual cinta. Saya….nak jual cinta kat awak, sudi tak awak beli?” – Dr. Tunku Hussein
 
“She is so annoying, pa! Memang patut pun kena sedas.” – Dr. Tunku Raffzul
 
“Setiap hati tak sama ritmanya, awak. Kalau denyutannya laju, maknanya lelaki itu benar-benar cintakan awak tau!” – Ir. Aizal Fahmi
 
Setiap mereka, ada kisah tersembunyi. Setiap mereka, mengintai cinta Qamra Ain dalam rahsia. Antara mereka, siapa yang berjaya merangkul gelaran My Pretty Boy di hati Qamra Ain?

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

Epilog Kita


Tajuk : Epilog Kita
Penulis : Ieya Sya
Harga : BND10.00

Sinopsis

Bukan mudah mengenali pemilik hati,
Lagi tak mudah mengenali yang memiliki hati.
 
Hidup yang indah tiba-tiba kucar-kacir. Hanya kerana dua perkataan, Hani tercampak masuk ke dalam dunia Ryan. Mulanya kerana terpaksa, tapi lama-lama dia merasakan hatinya sendiri merelakan. Simpatikah dia pada lelaki yang hidup tak macam manusia tu? Ah, tak mungkin!
 
Rancangan yang diatur kononnya yang terbaik. Tapi, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Kadang-kadang melayan Hani buat dia rasa seperti nak gila, tapi yang dia tidak tahu... Hani yang hampir gila melayan karenahnya. 
 
“Aku bagi kau masa sebulan! Kau kena pastikan orang tua tu sakit!” 
 
“Ini tak adil!” jerit Hani tiba-tiba.
 
“Adil atau tak, itu syarat aku!”
 
Hani mengeluh. Mana mungkin dia menyakiti hati orang yang tak bersalah. Ryan ingat dia tak ada hati dan perasaan seperti lelaki itu ke? Namun semuanya jadi bercelaru bagi Hani saat ibu Ryan menunjukkan seutas rantai dan menceritakan derita yang dihadapi ‘musuh’ Ryan. 
 
Kusut! Tambah kusut bila hadirnya orang ketiga yang bertindak gila. Kerana cinta, manusia bertindak gila. Kerana cinta, manusia sanggup membunuh. Kerana cinta...
 
Mampukah Hani si mulut wisel dan Ryan si topeng raksasa berdamai?
 
EPILOG KITA; pengakhiran kisah mereka yang merungkai semua rasa dan rahsia...

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

Cerita Cinta Kita

Tajuk : Cerita Cinta Kita
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : BND9.00

Sinopsis

Semua orang mahu cerita cinta mereka berakhir dengan penamatan yang indah. Begitulah Jay, dia mahu menjadikan cinta pertama adalah cinta terakhirnya, Arief yang merupakan abang angkatnya. Jay tak tahu apa yang dia rasa itu ialah cinta sehinggalah Arief mahu bertunang dengan Que. 
 
Pertunangan itu menyebabkan Kaer, supervisor Jay bertambah sakit hati. Tak dapat untuk menyakitkan hati Arief, Kaer cuba membuli Jay. Jay cuba merungkai masalah Kaer yang sering membuli dia sehinggalah dia dapat tahu Que merupakanbekas kekasih Kaer. 
 
“Tapi itu ex-girlfriend. Bukannya girlfriend.”
“Tapi, Encik Kaer cakap abang perampas. Apa maksud dia?”
 
Jay tak percaya yang Arief perampas, jadi dia mula siasat hal sebenar. Masalah mula timbul apabila rancangan pertunangan itu sebenarnya dibuat untuk memerangkap Dato’ Qais. Tapi, apakah kaitan Dato’ Qais dengan cerita cinta mereka? 
 
“Gilalah Jay. Cerita cinta kau, macam cerita dalam channel 724. Cerita cinta ala Fox HD kot!”
 
Cerita cinta kita paling OH-SEM!

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)