Thursday, 23 June 2016

Darlingku Minah Angau


Tajuk : Darlingku Minah Angau
Penulis : Rabihah Nur Ridhuan
Harga : BND13.00

Sinopsis
Kehadiran Anggun Danisha di rumah atuknya telah menyebabkan hidup Harith Mishka menjadi porak- peranda. Dia bencikan gadis itu yang merupakan anak musuhnya. Dia merasakan Anggun Danisha seperti minah angau yang terlalu mengejar cinta. Sehingga sanggup menyambung master di universiti tempatnya bekerja demi mengejar cinta seorang lelaki.

Siapa sangka hubungan yang pada mulanya dingin semakin rapat dari hari ke hari. Tanpa sedar bunga-bunga cinta semakin membenih dalam diri masing-masing.

Tanpa mempedulikan dengan setiap cabaran yang mendatang. Harith Mishka nekad membawa Anggun Danisha kahwin lari di luar negara.

Namun baru sahaja mereka menyulam bahagia, rumah tangga mereka mula diuji. Anggun Danisha semakin keliru. Apatah lagi Harith Mishka sudah mula menunjukkan sikap bengisnya membuatkan cintanya semakin pudar. Wajarkah dia mempertahankan rumah tangganya? Perlukah dia meneruskan cintanya yang kian pudar?

“I mintak maaf sebab dah pancitkan tayar kereta you! I pun tak tahu sebab apa I boleh buat kerja bodoh begitu!” - ANGGUN DANISHA

“Kalau selalu nak tengok aku tidur jadilah isteri aku. Hari-hari kau boleh tengok aku tidur. Macam-macam gaya kau boleh tengok.” - HARITH MISHKA

“Bolehkah dia berkahwin? Ayah tak belajar agama ke? Mana boleh manusia berkahwin dengan binatang! Lebih-lebih lagi binatang haram!” – BADRI
Kenapa harus Kau titipkan rasa cinta di hati ini kepada anak musuhku sendiri?

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)






No comments:

Post a Comment