Thursday, 23 June 2016

Lelaki Idaman



Tajuk : Lelaki Idaman
Penulis : Pena Kayu
Harga : BND13.00

Sinopsis
Melina Samad. Semua orang panggil dia Mel. Dia diberi pilihan sama ada jadi ISTERI ORANG atau jadi CIKGU. Dan, dia pilih jadi cikgu. Biarlah dia korbankan cita-cita besarnya untuk menjadi juru gambar, asalkan dia tak jadi isteri orang. 


Idham Noah, lelaki yang Mel tolak mentah mentah, bekas calon imam tak jadinya. 
Syah Riduan pula, teman tapi mesra Mel. Yang Mel rasa nak pilih dia. 

Tapi, bila Mel jumpa Idham, hatinya pandai-pandai pula terpikat. Bila dia tahu Idham itu adalah orang sama yang dia tolak mentah mentah-mentah, dia padankan muka sendiri. 

“Saya tak nak kahwin dengan awak, Mel. Mel bukan perempuan yang saya pilih untuk jadi isteri. Mel cuma pilihan bonda saya.” – Idham 
“Mel nak jadi isteri Idham.” – Mel 
“Jadi isteri saya bukan perkara yang bagus. Tak elok Mel musnahkan hidup sendiri.” – Idham 

Nampak tak permainannya di situ? Sekarang Mel pula yang ditolak mentah-mentah. 
Mel hendak pilih siapa lagi jadi lelaki idaman? A : Syah B : Syah C : Syah Mel nak Idham! Tapi, Idham tu dah ada buah hati dan buah hati Idham adalah kawan baik Mel. Sanggup ke Mel kecewakan kawan baik sendiri? 'Mel tak sanggup!' 'Kalau macam, tu pilih Syah.' 'Syah jadi imam Mel + dapat anak = Nanti Mel fikirkan.' 'Tetapi kalau Mel tamak dan berkeras nak Idham juga, boleh tak?' 

Apa akan jadi kalau Mel berkeras mahukan Idham? Adakah Idham akan melepaskan buah hatinya demi Mel?

***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)


No comments:

Post a Comment