Thursday 23 June 2016

Curi Hati Awak, Boleh?


Tajuk : Curi Hati Awak, Boleh?
Penulis : Mynfamieza
Harga : BND13.00

Sinopsis
Azra Zinnirah memilih untuk menutup pintu hatinya selepas kecewa dengan cinta yang pertama. Nekad untuk membesarkan Akil iaitu anak kakaknya selepas semua ahli keluarganya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Akil pula bukanlah seperti kanak-kanak biasa. Pelbagai hinaan dan kata-kata sinis yang diterima. 
 
Peristiwa tidak sengaja di pasar malam menjadi titip permulaan Azra Zinnirah dan Iyad Mujahid. Hati lelakinya terpikat dengan keperibadian Azra Zinnirah dan sanggup menerima tanggungjawab membesarkan Akil bersama-sama. Azra Zinnirah risau untuk kembali membuka pintu hatinya semula. 
 
“Awak tak nak kahwin dengan saya ke?”
Azra tidak membalas.
“Tak cukup handsome ke saya ni untuk awak, Azra? Ke tak cukup pakej untuk jadi suami awak? Bagitau saya, Azra. Kalau saya tak cukup handsome saya akan buat pembedahan plastik supaya nampak lebih handsome. ”
 
Puas dimomok dengan ayat-ayat manis dari Iyad Mujahid dan melihat kesungguhan Iyad Mujahid, akhirnya Azra Zinnirah menerima dan mereka disatukan. Perkahwinan mereka bahagia pada awalnya.  Namun, langit tak selalunya cerah. Hadirnya Nadeem Ukail membuat kacau dan salah faham terhadap Husna membuatkan rumah tangga mereka mula bergoyah. 
 
Mampukah mereka mengatasi semua masalah ini? Atau semua ini hanya sementara dan lebih memilih untuk mencari jalan mudah? 


***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

No comments:

Post a Comment