Thursday, 23 June 2016

Saat Kau Jauh


Tajuk : Saat Kau Jauh
Penulis : Izz Jaja
Harga : BND13.00

Sinopsis
NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya.

“Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati.”- Ana Liyana

IKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya.

“Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana.” – Ikhwan Fazail

Hebatnya rencana Ilahi, Ana dan Ikhwan akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Dalam terpaksa dan separuh rela, Ana menyerah. Aturan takdir itu bukan kehendaknya. Penyatuan itu diharap dapat menjadi tempat untuk dia menumpang kasih. Sayang sekali, Ikhwan masih dengan egonya, sekalipun hati kecilnya mengakui betapa dia menginginkan Ana sebagai isteri. Cinta dan kasih sayang dipertaruhkan. Dendam dan hasad dengki akhirnya memisahkan mereka.

Pantasnya waktu berlalu menyaksikan perubahan kepada seorang Ana Liyana. Dia bukan lagi gadis naif yang jelik untuk dipandang. Pedihnya memori silam telah mengajar hati Ana untuk menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan cekal. Bagi Ana, cukuplah derita semalam. Dia tidak mahu berpaling lagi.
Lantas, saat Ana menjauh, hati Ikhwan berbisik syahdu...

“Hanya Ana yang I dambakan.”


***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)


No comments:

Post a Comment