Thursday, 23 June 2016

Projek Seram : Highway


Tajuk : Projek Seram : Highway
Penulis : Saidee Nor Azam, Sufi Abqari, Akma Saidon, Ninie Othman
Harga : BND13.00

Sinopsis
“Aku takut… aku masih belum mahu mati!” / JALAN TERAKHIR
Perjalanan Razak sebagai penghantar barang ke Pantai Timur telah diganggu. Rakannya yang juga penemannya, Azhar telah hilang secara misteri. Siapakah Fatin yang sentiasa setia menemani Razak? Siapakah lelaki tua misteri yang dijumpai Razak di pinggir lebuh raya? Adakah nyawa Razak bakal terancam dengan gangguan makhluk halus sepanjang perjalanannya?

Yang mati yang semestinya pergi. / GANGGUAN
Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampungan di Kedah. Satu susuk wanita berjubah putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya wanita itu, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan-akan marah. Siapakah wanita itu? Mengapa wanita itu terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang wanita itu mahukan?

“Kujejak langkahmu kasih, kerana nafasmu adalah nyawaku.” / DESTINASI
Sebuah bungkusan berisi patung porselin sebesar tapak tangan telah mengubah hidup sepasang kembar, Yana dan Syasya. Beberapa kematian yang berlaku membuatkan Mamat, seorang anggota polis mengesyaki Yana sebagai suspek memandangkan dia pernah menghidap paranoid skizofrenia. Manakala Yana dan Xie De telah ke Perasing menjejak Syasya. Adakah Syasya benar-benar telah ke Perasing? Adakah Yana adalah pembunuh yang sebenar?

“Kerana dosa mereka binasa…” / DOSA SEMALAM
Rancangan empat sekawan untuk pergi berseronok di satu tempat tidak kesampaian apabila mereka mengalami kemalangan di Lebuh Raya Karak yang hampir meragut nyawa mereka. Setelah tersedar daripada pengsan, mereka menyedari yang mereka bukan berada di Lebuh Raya Karak. Mereka bagaikan berada di satu dunia aneh yang penuh dengan misteri.


***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

No comments:

Post a Comment