Thursday, 23 June 2016

Saya Kan Ada



Tajuk : Saya Kan Ada
Penulis : Marissa
Harga : BND13.00

Sinopsis
Aku, Maisarah dibenci keluarga ibu semata-mata membawa sial. 25 tahun menanggung tohmahan, ejekan dan makian. Nasib baik ada hairiz, sepupu juga kawan rapat. Dulu masa kecil-kecil, kami suka main layang-layang dan main kahwin-kahwin, tapi terbalik. Aku jadi suami dan dia jadi isteri. Lawak gila kalau aku ingat balik. Sumpah, upah seribu pun aku takkan ambil watak suami lagi.

Dah besar begini pun kami tetap juga rapat. Tapi rapat tu rasa lain macam. Sehinggalah kami tiba di Nami Island. Dia serahkan kotak cincin betul-betul di laluan pelakon Winter Sonata bermain salji. 

“Untuk awak.”

“Untuk saya?”

“Untuk awaklah. Siapa lagi?”

“Terima kasih. Tapi kenapa hadiahkan saya cincin ni?”

“Sebenarnya untuk bakal isteri saya. Tapi disebabkan saya masih belum jumpa bakal isteri saya, saya hadiahkan saja untuk awak.”

“Bukan sebab awak nak melamar saya kat sini, kan?”

“Boleh ke saya melamar awak kat sini?”

Bolehkah kami disatukan di dalam ikatan cinta bila perasaan kami masih lagi seperti sepupu? Bagaimana dengan mak lang?  Mahukah dia menerima anak buahnya sebagai menantu?

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih saya turutkan.

Itu kata Hairiz.

Pening-pening. Sepupu sendiri sudah melamar!
***

Kalau nak order, sila PM kat Facebook :)

No comments:

Post a Comment